- Syiah mengambil langkah drastik dengan menjadikan fahaman Syiah sebagai salah satu mazhab Islam dan berpusat Parsi, berikutan munculnya mazhab-mazhab Islam seperti Maliki, Syafi’i, Hanafi dan Hambali.
- Revolusi Iran 1979 menyaksikan penggulingan kerajaan pimpinan Shah Muhammad Riza Pahlavi, seorang tali barut Amerika Syarikat oleh golongan Syiah pimpinan Ayatullah Khomeni.
- Pengaruh kebangkitan ‘Islam’ di Iran diterima masyarakat Islam di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.
- Pada tahun 1997, fahaman Syiah dideklarasi di PBB sebagai satu mazhab utama bagi umat Islam dan bebas diamalkan oleh pengikutnya.
- ‘Mazhab’ Syiah dijadikan mazhab utama di Iran.
- Buku-buku mengenai fahaman Syiah dan perjuangan Syiah di Iran mula disebarkan ke Malaysia pada awal 80-an.
- Beberapa buah buku tersebut berjaya diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia dan disebarkan ke seluruh Malaysia.
- Ini termasuk buku “Manhaj Kebenaran dan Pendedahannya: Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad” dan “Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?” yang diterjemahkan oleh Professor Madya Dr. Lutpi Ibrahim pada tahun 1993.
- Penyebaran pengaruh Syiah di Malaysia semakin hebat berlaku di IPT awam dan swasta sekitar Kuala Lumpur melalui pensyarah-pensyarah Malayu termasuk Dr.Lutpi Ibrahim serta pelajar-pelajar dari Iran yang berfahaman Syiah.
- Perdana Menteri Malaysia ke-4, Dr. Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan arahan untuk beberapa orang penggerak Syiah Melayu ditangkap ke dalam ISA.
- Golongan Syiah di Malaysia berpusat di Hauzah ar-Ridhah di Gombak, Mergong, Husainiyah az-Zahra di Pendang, Kota Bharu dan Johor Bahru.
- https://www.youtube.com/watch?v=yZ2r9TZedbo&feature=player_embedded
- Menurut JAKIM, Syiah yang terdapat di Malaysia adalah yang bermazhab Imamiyah / Jaa’fariyah, Ismailiyyah dan Dawud Bahra.
- Menurut laporan seorang penggerak Syiah di Malaysia, Kamarulzaman Kelantan yang disiarkan dalam majalah Najaf di Iraq, pengikut Syiah di Malaysia kini berjumlah 30 000 orang.
- Syiah di Malaysia dilihat tidak seekstrim yang biasa dilihat di kaca TV (melukakan badan semasa Hari Asyura dan sebagainya) kerana mereka mengamalkan Taqiyyah, sesuai dengan fasa mengasaskan Syiah di satu tempat baru.
- Taqiyah bermaksud menyembunyikan sesuatu yang terdapat dalam hati dan menyatakan yang sebaliknya. Menurut al Kulaini, seorang ulama Syiah, “Taqiyah adalah ajaran yang sangat penting dalam ajaran Syiah sehingga sembilan persepuluh dari ajaran Syiah terletak pada Taqiyah.”
- Syiah di Malaysia sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan di Malaysia dengan menyertai Perarakan Maulidur Rasul di Masjid Negara baru-baru ini atas nama Hauzah ar-Ridha.
- Syiah di Malaysia juga berjaya mengadakan muzakarah di Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan Malaysia.
Walaupun penangkapan dibuat ke atas Syiah di Malaysia pada penghujung tahun lalu, keberadaan Syiah di Malaysia tidak dapat ditentang secara habis-habisan seperti ajaran Ayah Pin dan ajaran ar-Arqam. Ini kerana beberapa faktor:
- Pada tahun 2007 di Pakistan, Malaysia telah menyertai ISLAMABAD DECLARATION ADOPTED BY THE THIRTY FOURTH SESSION OF THE ISLAMIC CONFERENCE OF FOREIGN MINISTERS (SESSION OF PEACE, PROGRESS AND HARMONY) ISLAMABAD, ISLAMIC REPUBLIC OF PAKISTAN 28-30 RABI AL-THANI 1428 H (15-17 MAY 2007) iaitu di halaman 91- 93, RESOLUTION NO. 28/34-POL ON STRENGTHENING THE ISLAMIC UNITY. Dokumen dalam fail A/61/981 S/2007./656 menyatakan syiah adalah mazhab dalam Islam dan penganutnya berhak diberi hak-hak mereka sebagai seorang Muslim. Malaysia turut menandatangani deklarasi yang telah diwartakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 26 Jun 2007 ini.
- Malaysia sentiasa ditekan di PBB supaya membiarkan Syiah disebarkan secara bebas di Malaysia atau Malaysia akan dilabelkan sebagai negara pengganas.
- Walaupun Syiah dikategorikan sebagai ajaran sesat oleh JAKIM di Malaysia, status Syiah tidak diwartakan dengan jelas.
- JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Syiah, kerana ia di bawah bidang tugas Kementerian Dalam Negeri.
- JAKIM sentiasa di’follow-up’ oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkenaan isu Syiah di Malaysia.
- JAKIM melalui Muzakarah 1996 telahpun bersetuju bahawa Syiah Ja’fariyah (yang hakikatnya adalah Syiah Imamiyah) bebas diamalkan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment