Wednesday, 9 January 2013

Aade Aqu Qesyah ?!!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




"Argghh.. Kau ni ! balik2 suruh aku solat. Balik2 suruh aku buat baik ! Balik2 suruh aku study rajin2.. Tak bosankah? Tak menyampahkah? Asyik jaga tepi kain orang saja.. haiysshh.." 




Begitulah luahan hatiku.. Teruk bukan? Yup.. memang teruk..

Hari ini.. aku tarik balik kata2 itu.. 

Aku silap.. aku silap kerana tidak memperdulikan 'suara' sahabat2ku..

Inginku cari semula suara2 sahabat iman itu.. 'suara' yg sebenarnya bukan sahaja menjaga kemas tepi kainku bahkan sangat menyayangi diriku.. ya.. 


Mereka betul2 tidak mahu aku hanyut dengan dosa.. 'suara' itu menjadi bukti bahawa mereka bersungguh-sungguh mengajakku ke syurga. Bukan ke Neraka. Mereka meluah 'suara' cinta untuk menarik diriku dalam Cinta-Nya.

Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah krn menghadiahkan sahabat2 yg tidak pernah bosan menegur dan menasihatiku..

Sahabat2ku.. maaf sebab pernah timbul egoku dihadapanmu.. maaf sebab selalu sombong; memekakkan telinga daripada mendengar katamu.. maafkan aku..

Ketahuilah bahawa aku sangat mencintai kamu semua demi Cinta-Nya! Aku bersyukur dengan kehadiranmu disisiku. Bantu dan bimbinglah diriku. Tidak mahu ku warisi sifat orang-orang yang sombong ingkar kepada TuhanNya. Tidak mahu..  :'(
  
“Dan sesungguhnya setiap kali aku(Nabi Nuh) menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya (tidak mahu dengar) dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri.” [ 71 : 7 ]

Teruskan ber'suara' sahabatku.. Telingaku akan ku buka seluas-luasnya untuk mendengar 'suara-suara' iman. Kerana aku sudah mengerti bahawa ‘suara’ peringatan itu sangat bermanfaat buat kehidupanku. Alhamdulillah..

  
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” [ 51 : 55 ] 

No comments:

Post a Comment